PENGENALAN

Kursus Pendandan Rambut (Hairdresser) merupakan salah satu bidang kemahiran yang diperkenalkan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura diperingkat sekolah menengah untuk murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran yang telah mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Bidang pengkhususan ini menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau (National Occupational Skill Standard, NOSS) ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut yang diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta 652.

Kursus Pendandan Rambut di Pusat Bertauliah ini merupakan kursus yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada calon yang terampil dalam semua task Competency.